Monday, 30 December 2013

Panduan untuk Solat Jamak Dan Qasar




SOLAT JAMAK DAN QASAR

Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yang mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UNTUK SOLAT QASAR DAN JAMAK

1. Musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM  

1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu. Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang, belum masuk waktu.
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
  Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 
SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain daripada melakukan solat secara Qasar  atau Solat secara Jamak, kita juga diharuskan untuk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Rujukan:

http://tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.php

Friday, 27 December 2013

Jurnal Pendidikan: Hubungan gaya kepimpinan pengetua dan stres dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan




Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua dan Stres Dengan Hasrat Meninggalkan Profesion Perguruan

Sabddin Hussin Bin Alipin
Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dan stres dalam kalangan guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Seramai 165 responden telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis melalui perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0 dengan menggunakan Ujian-t, ANOVA Sehala dan korelasi Pearson dan data yang diperolehi dihuraikan melalui statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.195, p<0.05) antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.293, p<0.01) antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan faktor demografi jantina, umur, tahap pendidikan, kategori jawatan dan tempoh perkhidmatan dalam kalangan guru-guru adalah sederhana. Di akhir perbincangan, pengkaji menyatakan beberapa implikasi kajian dan cadangan kajian lanjut.
Kata kunci: Gaya Kepimpinan, Stres, Hasrat Meninggalkan Profesion Perguruan

ABSTRACT
This study aims to investigate the relationship between leadership style and stress among teachers with the intention of leaving the teaching profession. A total of 165 respondents were involved in this study. This study is a survey using quantitative methods. The questionnaire used in this study. Data were analyzed by computer software Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 20.0 using t-test, one way ANOVA and Pearson correlation analysis, and the data obtained are described through descriptive statistics and inferential statistics. The results showed a significant relationship (r = only .195, p <0.05) between the style of leadership with the intention of leaving the teaching profession. The results also showed a significant correlation (r = .293, p <0.01) between teacher stress with the intention to leave the teaching profession among teachers. In addition, the study also showed that the intention to leave the teaching profession based on demographic factors of gender, age, education level, job category and length of service among teachers is simple. At the end of the discussion, the researcher expressed some implications of the study and further research recommendations
Keywords: leadership style, stress, intention of leaving the teaching profession

Pengenalan
Kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada agenda pembangunan dunia pendidikan. Sejurus selepas menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, maka sudah pasti jatuh bangunnya sesuatu bangsa terletak di atas bahunya. Tanggungjawab yang disandarkan bukan sahaja untuk menyalurkan ilmu kepada pelajar, tetapi masyarakat selalunya mengharapkan lebih daripada itu.
Ungkapan guru umpama “lilin yang membakar diri” tidak sepi dari pelbagai cabaran sejak dahulu sehinggalah pada masa kini. Sesungguhnya, guru bukan sekadar menggalas tugas sebagai guru yang komited untuk mengajar, bahkan turut mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira  untuk menjadi seorang manusia yang berjaya (Abdul Said Ambotang, 2010; Shuib Dirwan dan Johari Seman, 2001). Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa di bahu guru lah digalaskan segala tanggungjawab untuk mencapai kemajuan negara yang lebih pesat.
Dalam mengharungi dunia globalisasi tanpa sempadan, peranan guru diperlukan kerana tanpa mereka, kemajuan yang ingin dicapai akan terencat. Guru diberi peranan di barisan hadapan untuk menyekat segala yang boleh menggugat negara ini.
Menerusi perspektif masyarakat, guru hebat adalah mereka yang mempunyai jati diri tinggi, berintegriti, menguasai ilmu, cekap, kreatif, dedikasi, tekun dan kecekapan dalam pedagogi dan mempunyai sikap untuk terus menjana kecemerlangan. Keupayaan guru menyalurkan ilmu yang diterjemahkan dalam bentuk penampilan, sikap dan nilai diri tinggi  akan mempercepatkan proses penghayatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang hebat, akan dapat memajukan dunia pendidikan dan mengangkat profesion perguruan  pada tahap yang lebih tinggi.
Tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepada golongan guru, maka akhirnya telah menggerakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) bagi kepentingan memartabatkan profesion Perguruan. Oleh itu, guru perlu sedar kepentingan peranan mereka dalam arena pendidikan untuk menghasilkan sesuatu kaedah atau pendekatan yang lebih berimpak tinggi seterusnya memartabatkan masyarakat pendidik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, meyifatkan pelan ini sebagai komprehensif dan menyeluruh. Pelan jangka panjang ini telah menggariskan 11 anjakan utama yang perlu ditangani termasuklah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dan memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (mynewshub, 13 Disember 2012).
          Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), tranformasi sistem pendidikan yang diusahakan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, antara lain bertujuan untuk menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, negara memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikan bagi memenuhi tuntutan dalam membangunkan negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) (Utusan Malaysia, 2012).
Latar Belakang Kajian
Berdasarkan data daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Oktober 2012,  kakitangan awam yang bekerja sebagai guru sahaja adalah sebanyak 412,720 orang. Ini memberi gambaran bahawa penjawat awam yang bekerja sebagai guru mewakili kira-kira 29 peratus berbanding jumlah keseluruhan kakitangan awam yang terdapat di Malaysia. Data ini juga menunjukkan bilangan guru yang bertugas di peringkat sekolah menengah adalah seramai 176,407 orang manakala bilangan guru yang bertugas di peringkat rendah adalah seramai 236,313 orang. Sementara, data baharu yang diperoleh daripada Unit Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mendapati jumlah guru sekolah menengah di negeri Sabah sehingga 10 April 2013 ialah seramai 15,033 orang. Daripada jumlah ini, seramai 6,143 orang atau  40.86 peratus adalah guru lelaki dan 8,890 orang atau 59.16 peratus adalah guru perempuan.
          Mendepani cabaran dalam suasana pembelajaran abad ke-21, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menggariskan beberapa strategi dalam usaha memartabatkan profesion keguruan di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama dalam pasaran kerjaya pada masa akan datang. Antara usaha yang telah dilakukan Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah meningkatkan tahap profesionalisme guru melalui Program Diploma Keguruan Khas, Program Pensiswazahan Guru, Program Berkembar Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan pihak universiti, Skim Latihan Pegawai dalam dan luar negara, Program Pensarjanaan Pensyarah Institut Perguruan dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama, para pendidik juga ditawarkan dengan pelbagai ganjaran dan peluang kenaikan pangkat seperti jawatan Pengetua Cemerlang, Guru Cemerlang dan jawatan naik pangkat secara “Time Base” (Abdul Said Ambotang, 2010).
          Zaidatol Akmaliah (2001), menjelaskan bahawa salah satu sebab timbul masalah dalam pentadbiran sekolah apabila pemimpin sekolah kurang mengambil kira kecenderungan atau faktor ketidakpuasan hati guru. Kajian Lunenberg & Ornstein (2000), juga mendapati bahawa tingkah laku kepimpinan yang dipraktikan oleh pemimpin sekolah mempunyai pengaruh yang besar terhadap kepuasan kerja seseorang guru. Abdul Shukor Abdullah (2004), elemen pengurusan dan kepimpinan pengetua adalah faktor utama dalam mencapai keberkesanan dan jatuh bangun sekolah tersebut. Oleh itu, di peringkat sekolah pengetua adalah pemimpin, pengurus dan pentadbir yang akan melaksanakan pelbagai fungsi dan seharusnya mempunyai kecekapan dan kebijaksanaan untuk melaksankan urusan kepimpinan. Dalam memastikan peningkatan produktiviti, hakikatnya pekerja seperti guru dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab tambahan. Pada tahun 2005, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tahap stres dalam kalangan guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang semakin meningkat.
          Ishak Mad Shah (2004), menyatakan bahawa antara punca berlakunya stres dalam pengurusan di tempat kerja ialah beban kerja. Kemajuan Malaysia dalam bidang ekonomi berteraskan pengetahuan, sekaligus menuntut seseorang yang bergelar pendidik berusaha untuk meningkatkan tahap pengetahuan khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan erti kata lain, guru dituntut mengubah pandangan mereka terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini tentunya akan menyebabkan tekanan dan beban kerja kepada guru.
          Perubahan yang berlaku dalam pendidikan negara seperti pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pembelajaran sepanjang hayat, cadangan mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris, dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), dan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menambahkan lagi tanggungjawab serta beban tugas guru-guru di sekolah. Beban tugas yang pelbagai dan ketidakcekapan mengurus masa yang singkat cukup menjelaskan perubahan fikiran para guru terhadap masa hadapan mereka dalam profesion perguruan.
          Shuib Dirwan dan Johari Seman (2001), mendapati persepsi masyarakat masih melihat kerja guru mudah, masa bekerja yang pendek dan banyak cuti. Sebaliknya, guru berhadapan dengan berbagai-bagai karenah daripada pelajar, juga melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubunan NGO dan menghadapi masalah personal yang pelbagai. Di samping itu, guru menggalas beban tugas yang terlalu banyak sehingga kadang-kadang terbawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa jarang sekali dihargai apatah lagi insentif yang kurang diterima oleh guru.


GAYA KEPIMPINAN
-          Kepimpinan Situasi (Kontingensi)

STRES GURU
-       Bebanan kerja
-       Kekangan masa
-       Karenah pelajar
-       Penghargaan dan sokongan
-       Kekurangan sumber


HASRAT MENINGGALKAN PROFESION PERGURUAN
 












Rajah 1: Kerangka kajian hubungan gaya kepimpinan pengetua dan stres dalam kalangan guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan

Berdasarkan kepada kerangka kajian yang ditunjukkan pada Rajah 1, fokus kajian ialah sejauh mana pembolehubah bebas iaitu gaya kepimpinan pengetua dan stres guru mempunyai hubungan dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Ini bermakna, kerangka kajian ini bukanlah bermaksud untuk mempamerkan penilaian dari segi produktiviti misalnya peningkatan keberhasilan pelajar atau peningkatan kecemerlangan, sebaliknya lebih menumpukan kepada proses kepimpinan yang dimainkan oleh pemimpin sekolah sehingga menampakkan hubungan kepada persepsi guru-guru terhadap pembangunan dan masa depan kerjaya mereka.  Di samping itu, kerangka kajian juga memberi gambaran sejauh mana faktor stres yang dikaji dapat mengambarkan tahap penerimaan para guru serta implikasi terhadap profesion perguruan secara keseluruhannya dalam lingkungan populasi kajian.
Dalam kontek kajian ini, pengkaji akan memberi penekanan kepada gaya kepimpinan Situasional atau Kontingensi. Mengandaikan gaya kepimpinan dan model kepimpinan yang berbeza itu adalah lebih baik di situasi-situasi berbeza dan pemimpin-pemimpin itu mudah berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situsi yang wujud. Menurut Robbins (2000), dalam bukunya Gelagat Organisasi membahagikan Teori Situasional ini kepada lima teori utama iaitu Teori Fiedler, Teori Situasional Hersey dan Blanchard, Teori Pertukaran Pemimpin-Pengikut, Teori Laluan Matlamat dan Model Penyertaan-Pemimpin.
          Berdasarkan kajian-kajian lepas, Mohd Kassim Ibrahim (2003), serta penyesuaian dalam konteks pendidikan, tidak dapat dinafikan, kajian kepimpinan dari segi gelagat yang dipaparkan oleh pemimpin telah berjaya mengenal pasti perhubungan yang konsisten di antara gaya gelagat kepimpinan dan prestasi kumpulan. Namun, apa yang tidak diambil kira ialah faktor-faktor situasional yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan. Sebagai contoh, perbandingan pengetua di kawasan bandar dan pengetua di kawasan pendalaman yang dapat menunjukkan kepimpinan berkesan tetapi gaya kepimpinan yang berbeza. Bagaimana ini boleh berlaku? Jawapannya ialah kawasan bandar dan kawasan pendalaman adalah berbeza dari segi kelebihan insfrastruktur dan capaian serta situasi persekitaran yang berlainan. Teori sejagat gagal mengambil kira perkara ini. Pengetua yang bertugas di kawasan pendalaman mampu menjadi pemimpin yang berkesan, tetapi adakah gaya kepimpinannya berkesan di kawasan bandar. Mungkin tidak? Situasi berubah dan gaya kepimpinan pasti berubah mengikut keadaan. Malangnya pendekatan gelagat (behaviorisme) tidak mengambil perubahan-perubahan dalam situasi. Oleh itu, pengkaji berminat untuk mengetahui lebih lanjut kepimpian situasional ini berdasarkan persepsi dalam kalangan guru-guru sekolah menengah yang terlibat dalam kajian.

          Keberkesanan kepemimpinan banyak bergantung kepada adanya individu yang sesuai untuk keadaan atau situasi semasa dan adanya beberapa kumpulan yang sesuai bagi situasi serta kumpulan subordinat semasa. Lantaran itu, tingkah laku ketua, ciri pengikut atau subordinat, iklim organisasi dan matlamat perlu diberi perhatian.

          Kepimpinan situasi atau kepimpinan kontingensi umpamanya merupakan satu teori kepimpinan yang muncul lantaran kelemahan dan kegagalan teori-teori kepimpinan sedia ada. Oleh itu, melalui teori ini diandaikan bahawa situasi yang berbeza mengkehendaki corak personaliti dan gaya kepimpinan yang berbeza agar menghasilkan kesan kepemimpinan yang berkesan. Menurut Aminuddin Mohd Yusuf (1990), teori kepimpinan situasi nampaknya mudah dan boleh diterapkan dalam banyak situasi. Namun begitu seperti yang ditunjukkan dalam teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini, dunia pekerjaan adalah dunia yang kompleks kerana terlalu banyak faktor yang mempengaruhi hubungan antara pemimpin dengan keberkesanannya.

          Menurut Robbins (2000), meramal kejayaan kepimpinan adalah lebih kompleks daripada membezakan beberapa sifat atau gelagat terpilih. Kegagalan mencapai keputusan yang konsisten menyebabkan tumpuan kepada pengaruh keadaan atau situasi. Hubungan antara gaya kepimpinan dan keberkesanan mencadangakan di bawah situasi A, gaya X lebih sesuai, manakala gaya Y lebih sesuai untuk situasi B, dan gaya Z untuk keadaan C. Tetapi apakah situasi A, B, C dan seterusnya? Ia merupakan satu perkara untuk mengatakan bahawa keberkesanan kepimpinan bergantung kepada situasi dan perkara lain untuk mengasingkan situasi tersebut. Menurut Robbins (2000) lagi, situasi yang  kritikal akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan. Pengembangan teori kontingensi atau situasi melibatkan pemboleh ubah seperti struktur dalam tugas yang dilakukan, kualiti hubungan pemimpin-pengikut, keadaan kuasa pemimpin, kejelasan peranan pengikut, norma-norma kumpulan, kewujudan maklumat, keakuran pengikut terhadap keputusan pemimpin, dan kematangan pengikut.
         
          Pemboleh ubah stres meliputi perbincangan sangat luas dan wujud dalam pelbagai konteks dan situasi di pelbagai peringkat. Pelbagai teori dan model yang dikaitkan dengan stres. Namun dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin mengecilkan skop kajian dengan menjurus kepada stres yang dihadapi oleh guru-guru sekolah menengah berdasarkan populasi yang dipilih. Oleh itu, stres guru yang dibincangkan adalah merujuk kepada faktor bebanan kerja, kekangan masa, karenah pelajar, penghargaan dan sokongan dan kekurangan sumber.

          Pengetua merupakan entiti penting dalam kejayaan sekolah. Sebagai pemimpin, pengetua tidak lepas daripada saling berinteraksi dengan staf bawahannya secara positif dan komited terhadap sekolahnya. Kenyataan ini disokong oleh Andrew dan Morefield, 1991; Shahrin Hashim dan Nordin Yahya (2008), menyatakan bahawa untuk melahirkan sekolah yang cemerlang, pengetua harus memberi perhatian kepada suasana tempat kerja yang baik terhadap guru-gurunya. Mereka mendapati faktor pengurusan dan kepimpinan pegetua sekolah sangat mempengaruhi aspek kepuasan dan keselesaan guru. Selain itu, kemahiran atau kebolehan memahami gaya pengikutnya juga satu kelebihan untuk mengelakkan atau menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hubungan kemanusiaan dalam organisasi (Sivasanggar Subramanian, 2006). Kriteria utama kepemimpinan ialah kebolehan untuk belajar daripada pengalaman bagi menambah kemampuan menyampaikan kebolehan (Burnham dan O’Sullivan, 2010).

          Kajian Mohd Kassim Ibrahim (2003) tentang perkaitan gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja dan pengajaran guru melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar di 61 buah sekolah menengah menggunakan soal selidik dan temubual. Kajian ini mendapati bahawa gaya kepimpinan pengarahan agak dominan diamalkan diseluruh berbanding gaya kepimpinan penyertaan, gaya kepimpinan sokongan dan gaya kepimpinan beroreintasi pencapaian. Kajian ini juga mendapati bahawa Teori Laluan Matlamat releven dalam kajian gaya-gaya kepimpinan pengetua sekolah menengah.

          Satu kajian telah dijalankan oleh Hussein Ahmad (1993) berkaitan gaya kepimpinan melibatkan responden seramai 154 orang dari kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia di Institut Aminuddin Baki. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan gaya kepimpinan para pengetua di Malaysia. Kajian ini juga menunjukkan gaya kepimpinan paling dominan diamalkan oleh pengetua ialah berorentasikan manusia (people oreinted leadership) dan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan beroreintasikan manusia dengan faktor latar belakang seperti jantina, kelayakan ikhtisas, pengalaman dan lokasi.

          Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), stres atau tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan.

          Menurut Seaward (2006), dapatan kajian terbaru secara keseluruhannya menunjukkan bahawa 70 peratus hingga 80 peratus penyakit yang dialami oleh manusia kini adalah kesan daripada stres. Data yang ditunjukkan oleh National Centre for health statistics melaporkan pada tahun 2000 masalah penyakit manusia ada hubung kait dengan stres (misalnya kanser, penyakit jantung dan stroke), dan sukar dikawal dan dicegah dengan menggunakan ubat. Ia memerlukan penyembuhan secara menyeluruh iaitu meliputi perubahan gaya hidup, pemikiran, emosi, spiritual mahupun tingkah laku yang mengambil masa lama serta komitmen yang padu berpandukan tatacara yang sistematik.

          Menurut Robbins (2000) lagi, stres atau tekanan boleh dilihat melalui pelbagai cara dan boleh dibahagikan kepada tiga jenis kategori iaitu fisiologi, psikologi dan gelagat. Pihak pengurusan mungkin tidak pedulikan stres tahap rendah ke sederhana yang dialami oleh pekerja. Ini adalah kerana stres pada tahap ini boleh meningkatkan mutu kerja. Akan tetapi stres yang terlalu tinggi atau terlalu rendah untuk satu jangka masa yang panjang boleh menurunkan semangat kerja, seterusnya prestasi kerja dan kepuasan mutu kerja yang menurun. Oleh itu, pemimpin dalam organisasi perlu mengambil langkah-langkah yang wajar bagi mengatasi masalah ini.

          Mengikut dapatan kajian Borg & Mark (1990) di Britain mengenai fenomena stres dalam profesion keguruan mendapati apabila dibuat perbandingan dengan pekerjaan lain, kerjaya perguruan didapati mempunyai tahap stres yang tinggi. Kenyataan ini disokong oleh data yang diberikan oleh Health and Safety Executive yang menyokong pengajaran adalah salah satu daripada pekerjaan yang sangat stres. Didapati 41 peratus guru dilaporkan mempunyai tahap stres yang tinggi. Kajian ini membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya sebagai jururawat yang mempunyai tahap stres sebanyak 31 peratus, kerja pengurusan 29 peratus dan dalam bidang profesional serta sokongan sebanyak 27 peratus.

          Berdasarkan keputusan Intervensi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 mendapati bahawa terdapat kira-kira 530 orang atau 0.128 peratus guru di Malaysia menghadapi masalah gangguan mental. Dapatan daripada kajian juga mendapati faktor stres menyumbang kepada 24 peratus daripada 12 punca gangguan mental yang telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (Utusan Malysia, 2012).

          Pelaksanaan transformasi pendidikan negara dan pelbagai reformasi pendidikan sebelum ini telah menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah dan juga perubahan kokurikulum dan kurikulum baru dalam sistem pendidikan negara sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara lebih awal (Syed Sofian dan Rohany Nasir, 2010). Ini menunjukkan bahawa isu stres ini telah menimbulkan pelbagai masalah sehinggalah kepada hasrat untuk meninggalkan profesion perguruan.

          Kajian oleh NUTP (2005) berkaitan stres dalam kalangan guru mendapati jumlah kakitangan perguruan yang bekerja dalam keadaan stres adalah sebanyak 69 peratus daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 9328 orang kakitangan perguruan (Utusan Malaysia, 29 Mac 2006). Kajian ini mendapati antara faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru-guru adalah bebanan kerja, kekangan masa, karenah pelajar, penghargaan dan sokongan dan kekurangan sumber. Banyak kajian dijalankan berkaitan stres guru iaitu termasuklah Valli dan Buese, 2007; Lemaire, 2009; Fazura Mohd Noor, 2011; Mohd Fitri, 2006; Woo Sew Fun, 2008, mengaitkan stres dalam kalangan guru akan boleh memberikan kesan kepada kerjaya mereka.

          Kajian yang dijalankan oleh Woo Sew Fun (2008) tentang faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stres) di kalangan guru-guru SJK (Cina), melibatkan 50 orang responden di tiga buah sekolah di wilayah persekutuan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Hasil daripada kajian medapati tahap tekanan atau stres yang dialami oleh guru-guru dari tiga buah sekolah yang dipilih berada pada tahap tekanan sederhana iaitu pada min skor 2.348. Oleh itu, dalam kajian ini menunjukkan bahawa faktor utama yang menyebabkan stres ialah faktor kekangan masa berbanding faktor lain. Ini adalah disebabkan oleh golongan pendidik terikat dengan profesion mereka di samping dalam masa yang sama juga dibebani oleh tugas-tugas sampingan lain yang akhirnya menyebabkan stres kepada guru-guru.

          Hubungan manusia amat penting bagi menjamin kestabilan dan keharmonian sesuatu sistem pendidikan. Justeru itu, pengetua adalah orang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang harmoni dengan pihak kakitangan bawahannya. Pengetua yang tidak mahir dalam hubungan interpersonal akan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada para guru. Pengetua juga sering kelihatan mengabaikan hubungan manusia apabila dilantik ke jawatan tersebut. Pengetua seharusnya boleh membezakan peranan sebagai pentadbir sekolah dengan peranan sebagai pengurus pendidikan. Terdapat segelintir pengetua yang tidak profesional di mana menegur dan memarahi guru dengan cara yang tidak berhemah dan tanpa mengira tempat atau situasi. Akibatnya, ada dalam kalangan guru yang lebih suka meminggirkan diri, bersikap pasif, tidak menghormati ketua, dan nekad berpindah ke sekolah lain.  Lebih malang lagi, ada yang berhasrat untuk meninggalkan profesion perguruan serta merta disebabkan kesan daripada pertentangan antara pengetua dengan kakitangan bawahan (Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Mohammed Najib, Yusof Boon, 2008).

          Kajian Tan H.C. (1996) berkaitan tekanan kerja di kalangan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dalam daerah Gombak menunjukkan bahawa purata tekanan dalam kerjaya guru berada pada tahap sederhana sahaja. Manakala kajian Noor Azzuddin Abd Aziz (1990) tentang hubungan antara tekanan kerja, kepuasan kerja dan kecenderungan untuk berhenti kerja di kalangan guru-guru KBSM di kawasan luar bandar menggunakan kaedah kuantitatif telah mendapati bahawa memang terdapat hubungan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam kerjaya guru.

          Dapatan kajian oleh Syed Sofian Syed Salim dan Rohany Nasir (2010) berkaitan kecerdasan emosi ke atas tekanan kerja berat dan niat berhenti kerja profesion perguruan mendapati bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan niat berhenti kerja dari profesion perguruan.

          Aspek kemahiran sosial dapat menjadi faktor penting ke atas tingkah laku warga organisasi terutama berkaitan kesetiaan seseorang terhadap bidang kerjaya dan organisasi tempat mereka bekerja. Kemahiran ini jika digunakan oleh guru dengan pihak pentadbir, guru dengan guru, guru dengan pelajar dan ibu bapa pelajar akan dapat mengelakkan para guru dari niat berhenti dari kerja perguruan yang telah mereka ceburi (Pasanen, 2000).

          Hasil kajian oleh Syed Sofian Syed Salim dan Rohany Nasir (2010) juga mendapati bahawa faktor jantina tidak memberikan kesan ke atas pemboleh ubah tekanan dan niat berhenti kerja daripada kerjaya perguruan. Ini selari dengan hasil kajian yang diperolehi oleh Mohd Azhar (2004) yang menunjukkan bahawa kecerdasan emosi lelaki dan wanita lebih banyak persamaan berbanding perbezaannya. Ini menunjukkan faktor jantina tidak memberikan apa-apa kesan kepada tahap kecerdasan emosi.

Pernyataan Masalah
Kerjaya sebagai guru merupakan satu kerjaya yang dianggap mulia dan menjadi satu kerjaya yang diidami oleh ramai pencari kerja (Ishak Mad Shah, 2010). Namun, kedengaran juga ada dalam kalangan guru-guru yang sedang berkhidmat dalam profesion ini menyatakan hasrat untuk meninggalkan profesion. Dapatan kajian Ghazali Othman (1979), menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 38.7 peratus guru-guru di Malaysia berada pada tahap kepuasan kerja yang rendah disebabkan oleh tahap tekanan dan semangat kerja yang berkurang sehingga mendorong kepada berhenti kerja sebelum tiba tempoh bersara. Menurut maklumat daripada Unit Perkhidmatan Guru sehingga tahun 2004, guru-guru memohon untuk meninggalkan jawatan keguruan memang ramai, dan sepanjang tahun 2003 sahaja terdapat seramai 529 orang guru yang meletak jawatan secara opsyen dan 412 orang meletak jawatan atas sebab alasan peribadi.
          Keberkesanan sesebuah sekolah di negara ini sangat berkait rapat dengan prestasi pemimpin iaitu pengetua yang efektif dan berkesan. Nursuhaila Ghazali (2007), menyatakan pengetua merupakan pemimpin tertinggi di sekolah dan mempunyai hubungan dengan sikap guru-guru untuk mencapai matlamat yang diaspirasikan. Sebaliknya, sekolah yang dibendung pelbagai masalah dan kerumitan juga dikaitkan dengan gaya kepimpinan pengetua yang kurang menyerlah (Sivasanggar A/L Subramanian, 2006). Kritikan yang dikaitkan dengan kemampuan kepimpinan pengetua sejak sekian lama sepatutnya tidak kedengaran lagi (Bity Salwana Alias et al., 2010; Mohd Sani, 2006). Dapatan kajian oleh Azlin Norhaini (2006) melaporkan bahawa dalam beberapa situasi pengetua kelihatan masih kurang proaktif, kurang kreatif, kurang inovatif, sering kali hilang fokus dan tumpuan terhadap matlamat sebenar pengurusan kerana sering menghadapi masalah yang sama. Azlin juga menyatakan bahawa terdapat segelintir pengetua tidak bersikap terbuka dan menunjukkan sikap pasif khususnya semasa menghadapi masalah-masalah pengurusan. Oleh itu, gaya kepimpinan pengetua mungkin salah satu aspek yang menyumbang kepada hasrat meninggalkan profesion perguruan.
Kajian oleh NUTP (2005) berkaitan stres dalam kalangan guru mendapati jumlah kakitangan perguruan yang bekerja dalam keadaan stres adalah sebanyak 69 peratus daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 9328 orang kakitangan perguruan (Utusan Malaysia, 2006). Selain itu, banyak kajian dijalankan berkaitan stres guru iaitu termasuklah Valli dan Buese, 2007; Lemaire, 2009; Fazura Mohd Noor, 2011; Mohd Fitri, 2006; Woo Sew Fun, 2008, yang mengaitkan stres dalam kalangan guru boleh memberikan kesan kepada kerjaya mereka. Rentetan daripada cabaran dan tanggungjawab yang bertambah dalam sistem pendidikan negara sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara lebih awal (Syed Sofian dan Rohany Nasir, 2010). Ini menunjukkan bahawa isu stres ini telah menimbulkan pelbagai masalah sehinggalah kepada hasrat untuk meninggalkan profesion perguruan.
Objektif Kajian
1.   Mengenal pasti hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, umur, kategori jawatan, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan.
2.   Mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
3.   Mengkaji hubungan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan
Hipotesis
1.    H01: Tidak terdapat  hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
2.    H02: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
Metodolgi Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Oleh itu, kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Mohd. Khairuddin Abdullah et. al (2010), menyatakan bahawa strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriftif. . Sementara, Mohd Najib (1999), pendekatan jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti seperti menggunakan angka skor dan kekerapan. Mohd Majid Konting (1998), menyatakan soal selidik sesuai digunakan untuk mendapatkan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak. Selain itu, kaedah soal selidik lebih praktikal digunakan untuk populasi yang besar.
          Menurut Chua (2006), kajian hubungan atau korelasi adalah bertujuan untuk menyiasat setakat mana variasi dalam satu faktor seimbang dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali korelasi. Manakala Mohd Majid Konting (1990), menyatakan kajian korelasi mengkaji perkaitan antara pemboleh ubah yang wujud dalam sesuatu masalah. Kajian ini ingin melihat hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah seterusnya memberi peluang pengkaji untuk membuat ramalan skor dan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah.
Kajian ini dijalankan di semua sekolah menengah dalam daerah Pitas, Sabah. Populasi kajian merujuk kepada kelompok sasaran aktiviti kajian yang dilakukan (Ahmad Mahdzan Ayob, 1992). Dalam kajian ini, populasi kajian adalah semua guru yang berkhidmat di semua sekolah menengah dalam daerah Pitas, Sabah. Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Unit Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), jumlah Populasi (N) terdiri daripada guru-guru sekolah menengah yang berkhidmat di daerah Pitas sehingga bulan April 2013 ialah 287 orang. Pensampelan merujuk kepada proses memilih jumlah responden yang tertentu daripada populasi untuk pemahaman terhadap sifat-sifat sampel agar dapat menunjukkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan (Sekaran, 2003; Salant & Dillman, 1994; Chua Lee Chuan, 2006).
Dalam menentukan saiz sampel kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Oleh itu, berdasarkan formula penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan, jika populasi adalah sebanyak (N)= 287 orang, maka saiz sampel yang sesuai ialah sebanyak (S)= 165 orang. Namun demikian, untuk meningkatkan tahap keyakinan dan untuk mengurangkan ralat kepada hasil dapatan kajian, maka saiz sampel yang lebih besar digunakan iaitu sebanyak 170 orang. Dalam kajian ini, sebanyak 170 borang soal selidik diedarkan secara bersemuka terus kepada responden. Daripada jumlah keseluruhan borang yang diedarkan, sebanyak 167 borang soal selidik berjaya diperolehi dan hanya 165 borang soal selidik sahaja yang digunakan sebagai data kajian.
Dalam kajian ini, kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Pensampelan rawak berstrata membolehkan populasi kajian dibahagikan kepada sub-populasi yang tidak bertindih dari segi ciri-ciri demografi yang dikehendaki. Kemudian, pengkaji akan memilih responden dengan menggunakan pensampelan rawak mudah dari setiap sub-populasi. Oleh itu, rasional menggunakan kedua-dua teknik pensampelan ini adalah untuk mendapatkan jumlah responden berdasarkan demografi jantina yang lebih seimbang agar analisis perbandingan atau perbezaan dari segi jantina lebih tepat.
Instrumen penyelidikan bagi tujuan kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik. Ia bertujuan untuk mengumpul seberapa banyak data dan maklumat yang diperlukan. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A berkaitan maklumat demografi, Bahagian B untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua, Bahagian C untuk melihat stres dalam kalangan guru dan Bahagian D untuk mendapatkan maklumat tentang hasrat meninggalkan profesion perguruan. Soal selidik ini menggunakan skala Likert Lima Poin.
Data yang diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0 untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan dua kaedah statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara langsung dan mudah (Walsh dan Fisher, 2005). Dalam kajian ini, analisis data deskriptif digunakan bagi menghuraikan maklumat demografi responden dari segi jantina, umur, kategori jawatan, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Statistik inferensi yang digunakan ialah Ujian t Tidak Bersandar (t-test), ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson (r). Ujian t-sampel bebas (Independent Sampel t-test) bagi melihat skor tahap hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Analisis Korelasi Pearson (r) bagi menentukan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah bersandar iaitu hasrat meninggalkan profesion perguruan dengan pemboleh ubah tak bersandar iaitu gaya kepimpinan pengetua dan stres guru. Analisis ini juga digunakan bagi menentukan kekuatan hubungan hasrat meninggalkan profesion perguruan dengan gaya kepimpian situasi pengetua dan faktor stres guru.
Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30 orang responden terdiri daripada guru-guru yang bertugas di negeri Sabah dalam daerah Kota Kinabalu, Tuaran dan Pitas. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan nilai alpha cronbach bagi pemboleh ubah gaya kepimpinan pengetua ialah 0.946, bagi faktor stres guru secara keseluruhannya adalah antara 0.891 hingga 0.950. Sementara, nilai alpha cronbach bagi pemboleh ubah hasrat meninggalkan profesion perguruan ialah 0.737. Ini bermakna, berdasarkan skala Hair, Money dan Samuel (2007), menunjukkan analisis kebolehpercayaan instrumen ini berada pada tahap baik sehingga cemerlang.
Dapatan Kajian
Analisis Deskriptif Hasrat Meninggalkan Profesion Perguruan Berdasarkan Faktor Demografi
Analisis skor min dijalankan untuk melihat min pemboleh ubah hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan kepada faktor demografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan, kategori jawatan dan tempoh perkhidmatan.
Faktor Demografi Jantina
Dapatan menunjukkan bahawa skor min 3.30, sisihan piawai .425 bagi responden lelaki, manakala skor min 3.25, sisihan piawai .543 bagi responden perempuan. Analisis terperinci menunjukkan, nilai skor min bagi hasrat meninggalkan profesion perguruan mengikut jantina adalah berada pada aras sederhana. Oleh itu, hasil dapatan ini menunjukkan tahap meninggalkan profesion perguruan berdasarkan jantina lelaki dan perempuan dalam kalangan guru adalah sederhana.
Jantina                   N                       Min                  Sisihan Piawai
Lelaki                     82                      3.30                    .425
Perempuan              83                      3.25                    .543
n=165
Faktor Demografi Umur
Dapatan menunjukkan bahawa nilai skor min 3.30, sisihan piawai .455 bagi kategori umur 21 – 30 tahun, skor min 3.27, sisihan piawai .562 bagi kategori umur 31 – 40 tahun, skor min 3.27, sisihan piawai .208 bagi kategori umur 41 – 50 tahun dan skor min 2.86, sisihan piawai .764 bagi kategori umur 51 tahun ke atas. Analisis teperinci menunjukkan nilai skor min bagi hasrat meninggalkan profesion perguruan mengikut setiap kategori umur adalah berada pada skor min 2.34 – 3.67 iaitu pada aras sederhana. Oleh itu, hasil dapatan ini menunjukkan tahap meninggalkan profesion perguruan berdasarkan demografi umur dalam kalangan guru adalah sederhana.
Umur                        N                      Min                Sisihan Piawai
21 – 20 tahun              72                    3.30                   .455
31 – 40 tahun              72                    3.27                   .562
41 – 50 tahun              19                    3.27                   .208
51 tahun ke atas            2                    2.86                   .764
n=165
Faktor Demografi Tahap Pendidikan
Dapatan menunjukkan bahawa skor min 3.09, sisihan piawai .706 bagi tahap pendidikan STPM/Diploma, skor min 3.31, sisihan piawai .443 bagi tahap ijazah sarjana muda dan skor min 2.95, sisihan piawai .446 bagi lain-lain. Pada keseluruhannya, nilai skor min bagi hasrat meninggalkan profesion perguruan mengikut setiap tahap pendidikan adalah berada pada skor min 2.34 – 3.67 iaitu pada aras sederhana. Oleh itu, hasil dapatan ini menunjukkan tahap meninggalkan profesion perguruan berdasarkan tahap pendidikan adalah sederhana.
Tahap Pendidikan       N                      Min                 Sisihan Piawai
STPM/Diploma              20                    3.09                   .706
Ijazah                        141                    3.31                   .443
Lain-Lain                       4                     2.95                  .446
n=165
Faktor Demografi Jawatan
Dapatan menunjukkan bahawa skor min 3.37, sisihan piawai .290 adalah bagi jawatan penolong kanan, skor min 3.57, sisihan piawai .492 bagi jawatan guru ketua bidang, skor min 3.23, sisihan piawai .600 bagi jawatan guru ketua panitia dan skor min 3.27, sisihan piawai .452 bagi guru akademik biasa. Pada keseluruhannya, nilai skor min bagi hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan demografi tahap pendidikan adalah berada pada skor min 2.34 – 3.67 iaitu pada aras sederhana. Oleh itu, hasil dapatan ini menunjukkan hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan jawatan adalah sederhana.
Jawatan                           N                      Min               Sisihan Piawai
Penolong Kanan                 5                      3.37                     .290
Guru Ketua Bidang             6                      3.57                     .492
Guru Ketua Panitia            37                      3.23                     .600
Guru Akademik Biasa       117                      3.27                     .452
n=165
Faktor Demografi Tempoh Perkhidmatan
Dapatan menunjukkan skor min 3.27, sisihan piawai .504 bagi tempoh perkhidmatan 6 tahun ke bawah, skor min 3.22, sisihan piawai .493 bagi tempoh perkhidmatan 6 – 10 tahun, skor min 3.38, sisihan piawai .542 bagi tempoh perkhidmatan 11 – 15 tahun, skor min 3.34, sisihan piawai .177 bagi tempoh perkhidmatan 16 – 20 tahun dan skor min 3.18, sisihan piawai .385 bagi guru akademik biasa. Pada keseluruhannya, nilai skor min bagi hasrat meninggalkan profesion perguruan mengikut tempoh perkhidmatan adalah berada pada skor min 2.34 – 3.67 iaitu pada tahap sederhana. Oleh itu, hasil dapatan ini menunjukkan tahap meninggalkan profesion perguruan berdasarkan tempoh perkhidmatan tersebut adalah sederhana.
Tempoh Perkhidmatan          N                   Min              Sisihan Piawai
6 tahun ke bawah                    76                  3.27                   .504
6 – 10 tahun                           41                  3.22                   .493
11 – 15 tahun                         29                  3.38                   .542
16 - 20 tahun                          11                 3.34                    .177
21 tahun ke atas                      8                   3.18                    .385
n=165
Analisis Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Hasrat Meninggalkan Profesion Perguruan
H01: Tidak terdapat  hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.195, p<0.05) antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Berdasarkan interpretasi nilai pekali korelasi Davis (1971), hubungan ini adalah hubungan yang positif tetapi lemah. Oleh yang demikian, hipotesis (H01) yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan adalah di tolak.
                                                                           Gaya Kepimpinan Pengetua
hasrat meninggalkan           Korelasi Pearson                            .195
profesion                            Sig                                              .012
                                         N                                                 165
P<0.05 (2-hujung)
Analisis Hubungan Stres Guru Dengan Hasrat Meninggalkan Profesion Perguruan
H02: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=.293, p<0.01) antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Berdasarkan interpretasi nilai pekali korelasi Davis (1971), hubungan ini adalah hubungan yang positif tetapi lemah. Oleh yang demikian, hipotesis (H02) yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan adalah di tolak.
                                                                                          Stres Guru
hasrat meninggalkan           Korelasi Pearson                           .293
profesion                             Sig                                             .000
                                           N                                              165
P<0.01 (2-hujung)

Perbincangan
Hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan faktor demografi
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan faktor demografi adalah sederhana. Ini bermakna terdapat kecenderungan untuk meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru, tetapi tidak mencapai kepada tahap membimbangkan atau terlalu kritikal sehingga boleh menjejaskan keperluan tenaga guru untuk pembangunan pendidikan dan memartabatkan profesion perguruan. Ini selari dengan kenyataan Perdana  Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan 2013 – 2025, antara lain telah mengariskan sebelas anjakan utama termasuklah transformasi  keguruan sebagai profesion pilihan seterusnya melahirkan pemimpin-pemimpin berprestasi tinggi. Berbeza dengan penjelasan Isabel Rots, Geert Kelchtermans dan Atonia Aelterman (2012), menyatakan bahawa beberapa negara didapati mengalami  kekurangan dalam profesion perguruan dan masalah ini dikaitkan dengan bilangan pemohon jawatan guru yang sangat sedikit, terlalu ramai guru pendidik pra-perkhidmatan yang meninggalkan profesion dan terlalu ramai graduan pendidikan tidak berminat untuk memasuki alam pekerjaan guru. Begitu juga dapatan Akhitio Shimazu et. al (2003), menyatakan pada tahun 2000, sebanyak 0.24 peratus guru terpaksa menagguhkan kerja sebagai guru kerana menghadapi masalah kecelaruan mental atau stres masa, tingkah laku pelajar, tekanan ibu bapa dan lebihan kerja. Walaubagaimana pun, senario ini agak berbeza di Malaysia khususnya dalam kerjaya profesion perguruan. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Misrah Ibrahim menyatakan bahawa jumlah pemohon bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 2009 mencecah sehingga 68,000 calon berbanding keperluan sebenar yang diperlukan iaitu 2000 calon sahaja (Utusan Malaysia, 2009).
Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa terdapat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan keinginan berhenti daripada pekerjaan guru tetapi pada kekuatan yang lemah. Ini bermaksud, gaya kepimpinan pengetua bukan sebagai faktor dominan kepada masalah berhenti kerja. Namun, hubungan yang wujud antara kedua-dua pemboleh ubah ini tidak boleh di pandang remeh. Dapatan kajian Abdullah Ghani, Abd Rahman Abd Aziz dan Tang  Keow Ngang (2008), mendapati pincang laku kepimpinan pengetua memberi kesan dari segi emosi dan fizikal guru serta menjejaskan profesionalisme dan kehidupan guru.  Kesan jangka panjang melibatkan masalah sosial dan prestasi kerja menyebabkan guru menjadi murung, kaku membuat keputusan berkualiti dari segi pengajaran dan pembelajaran, peningkatan ketidak hadiran serta berkeinginan untuk berpindah ke sekolah lain.
          Gaya kepimpinan pengetua yang terlalu terarah kepada satu-satu gaya kepimpinan menyebabkan wujud rasa protes atau ketidak puasan dalam kalangan guru-guru. Sebaliknya, gaya kepimpinan pengetua yang variasi atau berdasarkan situasi dapat mengurangkan suasana tegang atau tentangan dalam kalangan guru-guru. Menurut Azizi Yahya, Nordin Yahya dan Sharifuddin Ismail (2008), kemahiran pengetua dalam membaca segala aspek dari guru di bawah pimpinannya adalah penting bagi menyerap tekanan agar tidak timbul konflik.  Dapatan ini selari dengan penjelasan Stephen P. Robbins (2000), bahawa situasi yang kritikal akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan. Kepimpinan situasi melibatkan struktur dalam tugas yang dilakukan, kualiti hubungan pemimpin-pengikut, keadaan kuasa pemimpin, kejelasan peranan pengikut, norma-norma kumpulan, keakuran pengikut terhadap keputusan pemimpin dan kematangan pengikut. Dapatan kajian boleh dikaitkan melalui Fiedler  dan Garcia (1987), iaitu kawalan situasi sangat baik apabila hubungan dengan pekerja sangat baik, struktur tugas diperincikan.Dapatan kajian ini juga menepati teori kepimpinan Situasi Hersey dan Blanchard (1996), menekankan gaya kepimpinan fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut situasi berdasarkan pendekatan tingkah laku tugas dan tingkah laku hubungan. Dapatan Abdul Ghani Abdullah (2005), juga menunjukkan bahawa pemimpin yang mempunyai peribadi yang terpuji mampu mengurangkan keinginan guru untuk berpindah atau meninggalkan profesion perguruan.
          Teori Laluan Matlamat House (1971), menyatakan bahawa fungsi utama seorang pemimpin ialah membentuk matlamat penting bagi para pengikut atau pekerjanya serta menggariskan laluan-laluan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat dalam kalangan guru-guru merasakan pengetua mereka menetapkan matlamat atau sasaran kerja yang perlu dilalui dan dicapai namun tidak disusuli dengan faktor ganjaran dan sokongan arahan yang jelas. Keadaan telah menyebabkan timbulnya perasaan tertekan dan tidak berpuas hati terhadap corak kepimpinan yang ditunjukkan oleh ketua pentadbir. Walau pun hubungan lemah, namun dapatan kajian ini menunjukkan memang terdapat dalam kalangan guru-guru yang berhasrat meninggalkan profesion perguruan disebabkan gaya kepimpinan pengetua yang meletakkan matlamat yang terlalu tinggi dan dalam masa yang sama tidak diimbangi dengan faktor ganjaran atau sokongan yang sewajarnya. Menuru Robbins (2000), dalam Teori Laluan Matlamat terdapat empat tingkah laku yang dikenal pasti iaitu pemimpin direktif, pemimpin yang menyokong, pemimpin mengambil bahagian dan pemimpin beroreintasikan pencapaian. Oleh itu, Mohd Kassim Ibrahim, (2003) menjelaskan bahawa konsep kepimpinan yang fleksibel, maka perlu ada ketika dan masa seorang pemimpin itu perlu menggabungkan gaya kepimpinan lebih dari satu pendekatan berasaskan situasi semasa yang memerlukannya.
Terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru. Sungguh pun dapatan kajian mendapati hubungan ini lemah namun, isu stres ini perlu ditangani dengan bijak agar tidak menjejaskan kesejahteraan kehidupan guru, pembangunan profesion perguruan dan merencatkan kualiti pendidikan. Dapatan kajian ini menguatkan lagi dapatan kajian oleh NUTP (2005), mendapati sejumlah 69 peratus daripada 9328 responden yang terlibat dalam kajian menyatakan persetujuan bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres disebabkan oleh karenah pelajar dan bebanan kerja yang semakin bertambah. Dapatan kajian ini boleh dikaitkan dengan teori yang telah dibincangkan sebelum ini. Misalnya, dapatan kajian ini sesuai dikaitkan dengan model yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Fazlon dan Baglioni (1995) yang menyatakan bahawa terdapat lima sumber tekanan dalam kalangan guru antaranya beban kerja, karenah pelajar, dan pengiktirafan yang menyebabkan tekanan kepada guru. Seterusnya, dapatan kajian ini juga ada perkaitan dengan tahap permintaan yang melebihi kebolehan seseorang seperti yang dinyatakan melalui Model Stres Atkinson (1988). Dalam model ini dinyatakan bahawa punca tekanan datang daripada tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran adalah seperti ciri-ciri pekerjaan (batasan masa, pekerjaan yang berulang), budaya sosial (persaingan) dan lingkungan fizikal (persekitaran kerja yang tidak kondusif). Sementara, tekanan dalaman melibatkan tahap kognitif, tahap keefisenan kerja, emosi dan kesihatan fizikal.
Rumusan
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukan tiga pemboleh utama iaitu gaya kepimpinan pengetua dan stres dalam kalangan guru sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan hasrat meninggalkan profesion perguruan sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini dijalankan berdasarkan premis teori untuk mengetahui sama ada gaya kepimpinan pengetua dan stres dalam kalangan guru mempunyai hubungan dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan.
          Pemboleh ubah hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan faktor demografi, dapatan kajian menggunakan Ujian t Tidak Bersandar menunjukkan tahap meninggalkan profesion perguruan berdasarkan jantina lelaki dan perempuan dalam kalangan guru adalah sederhana. Selain itu, ujian ANOVA Sehala yang dijalankan mendapati bahawa hasrat meninggalkan profesion perguruan berdasarkan faktor demografi lain seperti umur, tahap pendidikan, kategori jawatan dan tempoh perkhidmatan adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan menunjukkan bahawa wujud hubungan yang positif tetapi lemah. Ini secara langsung menjelaskan bahawa aspek gaya kepimpinan pengetua merupakan faktor yang boleh menentukan hasrat meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru, namun bukanlah menjadi faktor dominan kepada hasrat meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru.
          Analisis hubungan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan dalam kalangan guru-guru. Hubungan ini adalah hubungan yang positif tetapi lemah. Ini menjelaskan bahawa stres guru berhubungan dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan walaupun bukan menjadi faktor yang dominan.
          Kajian yang dijalankan ini mempunyai limitasi tertentu. Dapatan kajian ini hanya boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah menengah di daerah Pitas, Sabah khususnya dari aspek gaya kepimpinan pengetua dan faktor stres dalam kalangan guru-guru. Walaubagaimana pun, menyedari terdapat beberapa perkara yang tidak diambil kira dan dibincang dalam kajian ini, harus menjadi pertimbangan kepada pengkaji-pengkaji akan datang.
Berasaskan kepada kajian ini, beberapa cadangan lain berkaitan hasrat meninggalkan profesion perguruan boleh dipertimbangkan bagi memperluaskan lagi skop gaya kepimpinan pengetua dan stres guru atau faktor-faktor lain yang bersesuaian. Selain itu, kajian berkaitan tajuk ini hanya dijalankan di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Pitas, Sabah. Oleh itu, kajian ini masih boleh dikembangkan dengan meluaskan sampel kajian sehingga ke peringkat negeri atau peringkat kebangsaan.
Kajian lanjut juga boleh ditumpukan kepada komponen-komponen lain yang terdapat dalam gaya kepimpinan pengetua dan faktor stres guru untuk melihat hubungan dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Kemungkinan pengkaji boleh melihat dari sudut gaya kepimpinan yang lain seperti autokratik, transformasi dan sebagainya. Begitu juga dengan masalah stres. Mungkin terdapat lagi faktor-faktor stres lain yang difikirkan sesuai dikaitkan dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan seperti peluang kerja, sikap kendiri, hubungan dengan ibu bapa dan sebagainya.
Dapatan ini hanya melibatkan gaya kepimpinan pengetua dan stres guru. Namun dapatan kajian menunjukkan hubungan kedua-dua pemboleh ubah ini adalah hubungan positif yang lemah dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan. Oleh itu, berkemungkinan terdapat lagi faktor-faktor lain yang lebih dominan dan dapat dikaitkan dengan kajian ini.
Kaedah kajian ini berupa deskriptif dan korelasi yang bertujuan untuk melihat hubungan gaya kepimpinan pengetua dan stres guru dengan hasrat meninggalkan profesion perguruan tanpa melihat sebarang intervensi. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak melibatkan proses sebab dan akibat serta pengaruh. Manakala, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah melalui borang soal selidik sahaja. Oleh itu, dicadangkan untuk kajian di masa akan datang, kaedah-kaedah lain seperti temu bual, pemerhatian, kajian kes dan sebagainya digunakan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih berkesan.




Rujukan
Abdul Ghani Ishak, (1994). Stail Kepimpinan Pengetua sekolah Menengah Agama di             Negeri Selangor dan kaitannya dengan kepuasan bekerja di kalangan guru-         guru. Tesis Sarjana Sains Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad, (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala     Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Abdul Ghani Abdullah, and Abd Rahman Abd Aziz, and Tang, Keow Ngang , (2008)     Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu Kajian     Kes. Jurnal Pendidikan (UKM), 33 . pp. 47-60. ISSN 01266020
Abdul Razak Wahid, (2001). Pengetua sebagai pemimpin perubahan. Universiti          Malaya,         Kuala Lumpur, Artikel Jurnal Institut Pengetua, 2: 34-35.
Abdul Said Ambotang, (2010). Keguruan sebagai profesion: Pilihan atau Tiada           Pilihan?          Buletin SPPS Vol 3 (Jun 2010-Dis 2010), SPPS. Universiti Malaysia Sabah: 12 – 13
Abdul Shukor Abdullah. (2004). Ucap tema: Kepimpinan unggul tonggak bidang         pendidikan     cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan          Kepimpinan Pendidikan        Ke 12, pada 6 – 9 Disember 2004, Anjuran Institut          Aminuddin Baki, Genting      Highlands, Pahang.
Ahmad Jawahir Tugimin (2009). Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan     Kepuasan      Kerja Dalam Kalangan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP): Satu         Kajian Kes Di Daerah Jasin Dan Melaka Tengah, Negeri Melaka. Journal of    Human Capital         Development, Vol.2, No 2. Centre for Langguage & Human             Development.          Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Melaka.
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan        Dalam penyelidikan Pendidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Akihito Shimazu et. al. (2003). “Effect of Stress Management Program for Teacher in
          Japan : A Pilot Study”. Journal Of Occupational Health, 45, 202-208.
Aminuddin Mohd Yusuf. (1990). Kepimpinan: Satu analisa psikologi. Kuala Lumpur:    Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anastasi, A. (1992). Psychological Testing and Assessment. Ed 5. New York:McMillan           Pub. Co. Inc.
Andrew, R.L. & Morefield, J. (1991). Effective leadership for urban school. London:              Education and urban society.
Atkinson J.M. (1988). Copying with stress at work. England Publisher Limited.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan      (2007). Penyelidikan menguasai dalam pendidikan: Teori Analisis dan   Interpretasi data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Mohammed Najib, Yusof Boon (2008). Isu-isu   kepengetuaan dan pengurusan sekolah. Universiti Teknologi Malaysia.   Univision          Press.
Azizi Yahya, Nordin Yahya, Sharifuddin Ismail (2008). Tingkah laku kepimpinan          pengetua       dan hubungan dengan tekanan kerja dalam keberkesanan     organisasi di   beberapa buah sekolah terpilih di Negeri Sembilan. Fakulti Pengurusan dan    Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Azlin Norhaini Mansor (2006). Amalan pengurusan pengetua sekolah menengah:        satu kajian kes. BPPDP, KPM. Putrajaya.
Baharuddin Othman (2004). Gaya Kepimpinan Pemimpin Dan Komitmen Pekerja Di     Jabatan Agama Islam Selangor. Universiti Utara Malaysia.
Bity Salwana Alias, et al. (2010). Analisis kompetensi berdasarkan kualiti peribadi,      pengetahuan, kawalan dan amalan pengetua dalam bidang pengurusan sekolah.          Jurnal Penyelidikan Pendidikan, BPPDP, KPM Jilid 11 2009/2010. Putrajaya.
Borneo Post (1996). 75 have quit teaching profesion since 1993. Borneo Post, 9 Mei.
Borg & Mark (1990). Occupational Stress In British Educational Setting: A Review An             International Journal Of Exprimental Educational Psychology. 10, 2.    Educational Psychology.
Boyle, J.G., Borg M.G. Falzon J.M. Baglioni A.J. (1995). A Structural model of the      dimensions of teacher stres. British Journal of Education Psychology 65. 49-      67
Cronboach, L.J. (1984). Essentials of Psychology Testing. 4th Ed. New York. Harper    & Row
Chua Lee Chuan (2006). Sample Size Estimation Using Krejcie and Morgan and          Cohen Statistical Power Analysis: A Comparison. Jurnal Penyelidikan IPBL,  Jilid 7.          Jabatan Penyelidikan.
Chua, Y.P.(2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. Kuala          Lumpur: Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Daft, R.L. (2004). The leadership experience. Orlando. Harcourt College Publishers.
Datu Raiman Datu Kauman (1999). Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dengan         Tekanan Pengurusan Di Kalangan Guru Besar Di Daerah Kota Marudu, Sabah.      Disertasi Master Sains. Universiti Putra Malaysia.
Davis, J.A. (1971). Elementary Survey Analysis Englewood Cliffs, New Jersey:   Prentice Hall
Etik Indrawati (2009). Pengaruh Komitmen Organisasi Kepuasan Kerja Terhadap        Keinginan Berpindah Kerja. Fakultas Keguruan dan ilmu pendidikan.      UniversitasMuhammadiyah Surakarta.
Fazura Mohd Noor (2011). Faktor-Faktor Penentu  Stress Dalam Kalangan Guru-        Guru: Kajian Di Sekolah Rendah Mubaligh Kuala Lumpur. Centre For Graduate      Studies. Open University of Malaysia.
Fiedler F.E. (1967). A Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw-Hill      Book Company.
Fiedler, F.E., Garcia, J.E. (1987). Improving Leadership Effectiveness: Cognitive         Resoucers and Organizational Performance. New York: Wiley.
Fiedler, F.E. (1993). The Leadership Situation And The Black Box In Contingency        Theories. Leadership Theory and Reaserch, Perspective and Direction. San      Diego. Academic Press.
Ghazali Othman. (1979). An Integration of the sources of job satisfaction of Malaysia          school teacher. Ph.D Disertasi. Los Angeles: University of California.
Goleman, D. (1995). Emtional Intelegence: Why it can matter more than IQ. New      York: bantam Books.
Hamzah Md Omar, (2010). Keguruan sebagai profesion: Pilihan atau Tiada Pilihan?    Buletin SPPS Vol 3 (Jun 2010-Dis 2010), SPPS. Universiti Malaysia Sabah: 14 -      18
Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2005). Mengurus Stres Pendekatan Yang   Praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hair, F.J., Barry, B., Arthur, H.M. & Philip, S.(2003).Essential of Business Research     Method.Denver: Wiley.
Hellriegel D dan Slocum, J. (1992). Management. Ed 6, Massachusetts: Addison         Wesley Publishing Co.
Hersey, Blanchard, & Johnson (1996). Management of Organizational Behavior. New            Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Hollander & Edwin (1984). Leadership Dynamics. New York, Pree Press.
House & Shamir (1993). Toward the Integration of Transformational, Charismatic and          Visionary Theories Dlm. Chemers, M.M & Ayman. Leadership Theory Research.      Carlifornia: Academic Press.
Hoy, Waney & Miskel, Cecil (1991). Education Administration: Theory, reaserch and             practice. New York: McGraw-Hill, Inc.
Hussein Ahmad (1993). Gaya Dominan Tentang Kepimpinan Pengetua Sekolah          Menengah.     Pendidik Profesional, Jurnal Persatuan Pegawai-pegawai Kanan      Perkhidmatan           Pendidikan Malaysia. Bil 1, Jld 1: 52-65.
Ishak Mad Shah (2004). Pengenalan Psikologi Industri dan organisasi, (Jilid II),          Universiti       Teknologi Malaysia. Johor
Ismail Noor (2002). Prophert Muhammad’s Leadership The Paragon Of Excellence      Altruistic Management. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Ismail Noor (2004). Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.: Pengurusan Altruistik         Model Ikutan Sepanjang Masa. Kuala Lumpur: Utusan Publications &         Distributors Sdn. Bhd.
Isabel Rots, Geert Kelchtemes dan Antonia Aeltermen (2012). Learning (not) to         become a teacher: A qualitative analysis of the job entarance issues. An         International Journal of Reaserch and Studies. 28 (2012) 1-10.
Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leed Publications
John West-Burnham & Fergus O’Sullivan (2010). Mengembangkan profesionalisme di            sekolah (Leadership & Professional Development in Schools). Institut     Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur.
Junaimah Jauhar dan Ysliza Mohd Yusoff (2011). Brain Drain: Propensity to leave by            Malaysian Professionals. International Journal of Innovation, management           and     technology, Vol. 2 No. 2, April 2011.
Kamus Dewan Edisi Baru (2009). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kimbrough & Burkett (1990). The Pricipalship: Concepts and Practise. Boston: Allyn   &        Bacon.
Krejcie, R.V. & Mogan, D.W. (1970). Determining sample saiz for research activities.            Educational & Psychological Measurement. 30, 607-610.            http://rosma212.wordpress.com/2011/12/17/penentuan-saiz-sampel/. dimuat       turun pada 15 Disember 2012.
Kyriacou dan Sutcliffe (1978). Teachers Stress. Prevalence, source and symptoms.     British Journal of Education Psychology, 48. 159-167.
Lemaire, J. (2009). Addresing teacher workload. Education, pp. 6.
Lunenberg. F.C. & Ornstein A.C. (2000). Educational Administration Concepts And      Practices. 3rd Edition. Belmont, CA: Wadsworth Thomson Learning.
Mohamad Ali Hasan (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Meningkatkan Kualiti       Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa. Ampang Selangor.
Mokhtar Ahmad (1998). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu     Kajian di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana           Sains. Bintulu. Universiti Malaysia Sarawak.
Mohd Azhar (2004). Pengaruh kecerdasan emosi ke atas komitmen kerjaya,             komitmen      organisasi, kepuasan kerja dan tingkah laku warga organisasi.         Tesis PhD.     Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Mohd Fitri Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah
          Skudai: Kajian Kes. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Kassim Ibrahim (2003). Perkaitan Gaya Kepemimpinan Pengetua dengan          Kepuasan      Kerja dan Pengajaran Guru. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan   
          Sosial. Universiti Malaysia sabah. Tesis Ph.D.
Mohd Kassim Ibrahim (2003). Perkaitan Gaya Kepimpinan Pengetua dengan              KepuasanKerja dan Pengajaran Guru. BPPDP, KPM. Putrajaya.
Mohd Khairuddin Abdullah @ Jerry (2010). Hubungan Gaya Kepimpinan Pengajaran
Efikasi Pengajaran dan Sikap Guru terhadap Program Intervensi KIA 2M di Sekolah-Sekolah Rendah di Negeri Sabah. Tesis PhD. Universiti Malaysia Sabah.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan
          Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (1998). Teacher Effectiveness: The Beliefs Of Effective Bahasa              Melayu Teachers. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 6(1).
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan Sains. Skudai: Penerbit        Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Suhaimi Mohamed Ali (2004). Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua          Sekolah Menengah Luar Bandar. BPPDP, KPM. Putrajaya.
Muhyiddin Mohd Yassin (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Meningkatkan Kualiti            Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa. Ampang Selangor.
Munally J.C. (1978). Psychometeric Theory. New York: Mc Graw Hill
Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepimpinan: Ulasan teori dan kajiannya di Malaysia        dalam Psikologi Melayu, diselanggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala       Lumpur:        Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Azzuddin Aziz (1990). Hubungan antara tekanan kerja, kepuasan kerja dan        kecenderungan untuk berhenti kerja di kalangan guru-guru KBSM di kawasan    luar     bandar. Latihan Ilmiah. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norasmah Binti Ismail (2008). Pengalaman Sosialisasi Pengetua Baru di Sekolah         Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang.
Northhouse P.G. (1997). Leadership, Theory and Practice. California: Saga      Publications, Inc.
Nur Anuar Abdul Muthalib (2003), Occupational stress and coping strategies as          perceived by secondary school principals in Kuala Lumpur,Malaysia. BPPDP,        KPM. Putrajaya.
Nursuhaila Ghazali (2007), Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Dalam          Kalangan Pengetua Sekolah Menengah Bandar Tangkak. Universiti Teknologi           Malaysia. Tesis Sarjana Pelajar.
Pangiran Saifuddin Bin Pangiran Tahir (2004). Determinents Of Intention To Leave      Among The Factory Workers In The Electronic And Electrical Sector In Kota             Kinabalu (Kkip). Master thesis. SPE. Universiti Malaysia Sabah.
Pasanen, S.E. (2000). Emotional Intelligence, conscientiousness and integrity as         predictors of organizational citizenship behavior. Thesis Master of Arts.         University      of Carlifornia, Los Angeles.
Rahimah Ahmad (1981). The Relationship Between And Among Leadership Style,       School Climate And Student Achevement In The Elementary School     Principalship In The Federal Territory Of Kuala Lumpur, Malaysia. Disertasi              Ph.D. University Sourthen Carlifornia.
Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan dalam pengurusan. Utusan Publications &             Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Robbins Stephen P. (2000). Gelagat Organisasi: Edisi Kelapan (Terjemahan oleh         Abdul Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman). Prentice Hall. Selangor.
Salant, P., & Dillman D.A. (1994). How to conduct your own survey. New York: John           Wiley & Sons, Inc.
Sapie Madani (2004). Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Sekolah Agama Arab         Menengah Perempuan Raja Isteri Pangeran Anak Damit Brunei Darussalam.       Disertasi sarjana, bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sapora Sipon (2007). Pendidik mesti kawal emosi. Utusan Malaysia pada 27 Julai       2007.
Seaward, B.L. (2006). Managing Stress. Pricipals And Strategies For Health And Well-            Being. Fifth edition. Boston: Jones and Bartlett Publishers.
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. New             York: John Willy & Sons.
Sekaran U. (2005). Research Method for Business: A Skill Building Approach.             Singapore:     John Wiley & Son (Asia) Pte. Ltd.
Selye, H. (1974). Stress without distress. New York. Harper and row.
Shanti Raman (2002). Pembinaan visi berkongsi pemimpin: Jurnal Institut pengetua.            Jilid     02. 29-40.
Shahrin Hashim dan Nordin Yahya, (2008). Isu-Isu Kepengetuaan Dan Pengurusan      Sekolah: Peranan Komunikasi Kepimpinan Diri Dan Organisasi Dalam          Perspektif      Islam. Universiti Teknologi Malaysia.
Shuib Dirwan dan Johari Seman (2001). “Profesion Keguruan di Malaysia.        Sejauh          manakah martabatnya kini?”. dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor:         40      – 48
Simon Hon Lit Min (2004). Tekanan Kerja Dan Prestasi Kerja Di Kalangan Guru:          Kajian Terhadap Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Aliran Cina Di     Kuching, Sarawak. Bicara Pendidik, Persatuan Pengetua-Pengetua Sarawak.         Sarawak. Majalah
Siti Taniza Toha (2003). Masalah psikologi guru dan hubungan dengan burnout serta            keperluan perkhidmatan kaunseling. BPPDP KPM. Putrajaya.
Sivasanggar A/L Subramaniom (2006). Hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan           kepuasan bekerja menurut persepsi guru sekolah menegah negeri Sabah.             Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial (SPPS). Universiti Malaysia             Sabah. Tesis sarjana pelajar.
Stoner & Wankel (1989). Pengurusan. Edisi Ketiga. (Terjemahan). Petaling Jaya:        Amiza.
Sulin Eban @ Suelyn (2004). Factors Influencing Job Withdrawal Intention Among      Employees Of Public And Private Sectors. SPPS. UMS. Disertasi pelajar        sarjana.
Selya, H. (1974). Stress without distress. Harper and row. New York
Stogdill (1974). Handbook of leadership: A survey of theory and research. New York:           The     Free Press.
Syed Sofian dan Rohany Nasir (2010). Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan       Kerja Dan Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan. Jurnal e-Bangi. Volume 5,      Number 1, 53-68. Selangor.
Tan H.C. (1996). Tekanan kerja di kalangan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina      dalam daerah Gombak. Laporan Penyelidikan Ijazah       Pendidikan, Universiti          Malaya.
Tinah Binti Naim @ Nain (2007). Gaya Kepimpinan Pegetua Dan Hubungannya           Dengannya    Stress Guru Di Sebuah Daerah Di Negeri Johor. Tesis sarjana            Pendidikan.    Universiti Teknologi Malaysia.
Valli L., & Buese, D. (2007). The Changing Roles Of Teachers In Era Of High-Stakes             Accountability. American Educational Research Journal, 44(3), 519.
Vincent Pang dan Denis Lajium (2010). Penilaian dalam pendidikan. Universiti             Malaysia        Sabah. Kota Kinabalu.
Walsh, K. & Fisher, D. (2005). Action inquiry and performance appraisals: Tools for    organizational learning and development. The Learning Organization, Vol. 12 (1), 26-    41.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala            Lumpur. Nurin Enterprise.
Woo Sew Fun (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekana Kerja (Stres) Di           Kalangan       Guru-Guru Sjk(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah        Persekutuan. Universiti Teknologi Malaysia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Perancangan Strategik Untuk Memperkasakan              Sekolah. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn. Bhd.



Biodata Penulis:

Sabddin Hussin Bin Alipin (2013)
Penulisan Disertasi Sarjana Pengurusan Pendidikan,
Master of Educational Management,
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, sabah.

Penyelia:

Dr Anuar Din
Universiti Malaysia Sabah