SOLAT JAMAK DAN QASAR
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd
umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika
bermusafir. Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.
Sabda Rasullah SAW ;
Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah
(keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan
maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yang mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yang mengambilkira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UNTUK SOLAT QASAR DAN
JAMAK
1.
Musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK
1.
Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
SOLAT QASAR
Bahasa ;
Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat
Zuhur, Asar dan Isyak.
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat
tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
Cara
Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ
رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat
Qasar kerana Allah Taala.
SOLAT JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat
Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
Solat
Jamak terbahagi kepada ;
1. JAMAK
TAQDIM – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat
jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat
hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau
bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang
pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sebab
solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang
pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya)
kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama
(Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut
bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu,
sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu. Jadi amat
wajarlah kita dahulukan solat (Zohor/Maghrib) kerana telah
masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang, belum masuk waktu.
Jika
dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba
terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka
terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi
solat sunat mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau
dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti
terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang
kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau
bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan,
iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak
membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan
sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat
sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah
solat tetapi iqamah bukan syarat.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal
waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang
kedua.
6. Zan
(sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
Cara
melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat
@ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian
diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
Solat
Zohor dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja
Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat
dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3
rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah
Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja
Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat
dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu
dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya
dalam waktu Asar.
SYARAT-SYARAT SOLAT
JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu
pertama (Zohor/Maghrib).
Niat
hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang
masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib
tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah
masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan
mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat
@ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh
Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
Solat
Zohor dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ
تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat
dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat
dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak
Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan
solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain daripada
melakukan solat secara Qasar atau Solat
secara Jamak, kita juga diharuskan untuk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak
Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat
Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat
Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja
Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar
kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat
Qasar dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat
Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ
مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja
Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا
مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat
Qasar dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan
Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ
قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir
kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ
قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan
solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak
Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ
رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله
تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat
dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ
رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan
solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Rujukan:
http://tayibah.com/eIslam/solat_jamak_dan_qasar.php
No comments:
Post a Comment